Tentang Kami

Perjalanan kami bermula dengan satu visi, iaitu membekalkan beras yang terbaik untuk setiap isi rumah di seluruh Sabah. Visi kami menjadi realiti pada Ogos 1997 apabila Sazarice Sdn Bhd ditubuhkan dengan fokus dalam pengedaran beras di seluruh kawasan pantai timur dan barat Sabah.

Pada tahun 2017, Sabarice Sdn Bhd ditubuhkan untuk menerajui pengedaran beras ke pantai timur Sabah. Sejak itu, Sazarice Sdn Bhd dan Sabarice Sdn Bhd dikenali sebagai Kumpulan Sazarice. Lama-kelamaan, Kumpulan Sazarice telah berkembang menjadi pengedar beras No.1 di Sabah. Dengan ibu pejabat baru dan pusat pemprosesan seluas 5 ekar yang mula beroperasi di KKIP sejak 2019, kami yakin dapat membekalkan beras berkualiti kepada orang ramai secara konsisten di seluruh Sabah.

Kumpulan Sazarice merupakan salah satu ahli Padiberas Nasional BHD (BERNAS). Kami berusaha untuk terus merealisasikan visi kami, iaitu membekalkan produk beras berkualiti tinggi yang berharga mampu milik untuk setiap isi rumah di seluruh Sabah.

Image module
Image module