Saiznya Kecil, namun Masa BerMomom yang Hebat!

Memperkenalkan Chef Momom. Ada yang menggelarkannya sebagai chef kenit, tapi jangan terperdaya dengan saiz comel ini. Walaupun bersaiz kecil, dia sentiasa menyediakan masakan istimewa bila tibanya Masa BerMomom! Masa BerMomom adalah waktu anda menjamu selera bersama orang yang disayangi dan Chef Momom ingin menyediakan menu istimewa untuk anda. “Apa rahsia disebalik Masa BerMomom? “Jenis beras yang enak memberi kelainan bagi setiap hidangan!” kata chef kenit ini. Jom bersama Chef Momom dalam misinya menjadikan “Masa BerMomom” satu saat yang menyeronokkan bagi setiap isi rumah.