Beras Terbaik Untuk Anda

Ketahui jenis-jenis beras yang kami tawarkan.

Beras Wangi

Beraroma, lembut dan tekstur kekenyalan, pilihan beras wangi pasti menambah selera anda.

Tekstur gebu dan berbau harum, beras wangi premium ini akan menambah selera anda dengan teksturnya yang gebu dan ringan. Cubalah hari ini! Sesuai untuk Bubur, Nasi Ayam, Nasi Claypot dan Nasi Kukus.
Golden Peonies Beras Wangi AAA
(10KG)
Bau harum dengan tekstur sedikit melekit dan lembut yang akan membuatkan anda ingin makan berkali-kali. Anda pasti menikmatinya setiap kali ia dihidang. Sesuai untuk Bubur, Nasi Ayam, Nasi Claypot dan Nasi Kukus.
Double Dragon Beras Wangi AAA
(5KG & 10KG)
Aromanya yang lembut, dengan tekstur gebu menjadikan beras ini enak dinikmati dalam setiap hidangan. Jadikan masakan anda lebih lazat hari ini. Sesuai untuk Bubur, Nasi Ayam, Nasi Claypot dan Nasi kukus.
Cap Roda Beras Super Wangi AA
(5KG & 10KG)
Bau harum dan tekstur gebu yang pasti membangkitkan selera anda pada bila-bila masa. Cubanya hari ini dan hidangan anda pasti menjadi bualan ramai. Sesuai untuk Bubur, Nasi Ayam, Nasi Claypot dan Nasi Kukus.
Cap Anggur Beras Wangi Special
(5KG & 10KG)
Dirumus khas untuk keseimbangan aroma dan tekstur melekit lembut yang anda gemari. Sekali gigit dan ia pasti menjadi pilihan untuk hidangan anda. Cubalah sekarang! Sesuai untuk Bubur, Nasi Ayam, Nasi Claypot dan Nasi Kukus.
Cap Anggur Beras Wangi
(5KG & 10KG)

Beras Putih

Campuran beras import yang unik dengan tekstur pejal dan lembut, sesuai bagi mereka yang gemarkan tekstur berlainan dalam butiran nasi.

Campuran khas yang menjadikan hidangan nasi sebagai tumpuan utama dengan teksturnya yang sedikit pejal dan tidak melekit. Cubalah hari ini! Sesuai untuk Nasi Lemak, Nasi Goreng dan Nasi Kukus.
Cap Anggur Beras Super
(5KG & 10KG)
Beras yang halus dan pejal memberikan gigitan sempurna, setiap masa. Anda boleh menggunakannya untuk pelbagai jenis hidangan nasi atau nikmatinya dengan lauk kegemaran lain yang lazat. Sesuai untuk Nasi Lemak, Nasi Goreng dan Nasi Kukus.
Cap Roda Beras Super
(5KG & 10KG)
Tekstur pejal dan tidak melekit pasti membuatkan anda ingin menikmati berkali-kali. Jadikannya sebagai bintang utama dalam hidangan nasi atau nikmatinya bersama lauk kegemaran. Sesuai untuk Nasi Lemak, Nasi Goreng dan Nasi Kukus.
Beras Super WR
(5KG & 10KG)

Beras Basmathi

Butir beras panjang yang unik, beras Basmathi kami mempunyai tekstur yang ringan. Ia mengandungi Indeks Glisemik (GI) rendah dan tinggi serat, menjadikan ia sesuai untuk gaya hidup sihat anda.

Butir beras panjang, aroma unik, dan tekstur lembut membuatkan ia pilihan sesuai untuk apa-apa jenis hidangan. Nikmati beras sihat ini hari ini. Sesuai untuk Nasi Briyani, Nasi Tomato dan Nasi Kandar.
Kainat Beras Basmathi
(1KG & 5KG)
Nikmati sepenuhnya perisa hidangan berlainan yang dimasak dengan beras panjang dan gebu ini. Ianya versatil dan berkhasiat, menjadikannya pilihan terbaik untuk semua! Sesuai untuk Nasi Briyani, Nasi Tomato dan Nasi Kandar.
Sella Cream Beras Basmathi
(5KG)

Beras Istimewa

Terdiri daripada beras Pulut dan beras Calrose ala Jepun, masing-masing mempunyai keunikan tersendiri.

Nikmati citarasa Jepun dengan beras Calrose istimewa ini. Tekstur melekit tetapi lembut membuatkan ia sesuai dijadikan sushi atau dinikmati bersama hidangan Jepun kegemaran anda. Cubalah sekarang! Sesuai untuk Hidangan Jepun, Sushi dan Onigiri.
Beras Calrose
(5KG)
Tidak puas menikmati kuih-muih tempatan? Beras pulut ini sememangnya sesuai untuk anda. Tekstur melekit dan lembap menjadikannya lebih enak, dan kandungan lemak yang rendah menjadikannya pilihan yang lebih sihat. Sesuai untuk Kolupis, Wajik, Ketupat, Lemang dan Kuih-muih Tempatan.
Beras Pulut
(2KG & 5KG)