Nasi Tomato

Image module

Bahan-bahan:

2 cawan atau 400g Kainat Beras Basmathi
3 sudu besar atau 45ml minyak sayuran (bukan zaitun)
3 sudu besar atau 7.8 g sudu kecil serbuk campuran rempah (sebiji bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga)
1 biji halia segar (dicincang)
4 biji bawang kecil (dicincang halus)
1 cawan atau 300 ml stok ayam atau stok sayur
½ cawan atau 150 ml air
1 cawan atau 250 ml santan kelapa
½ cawan tomato (hancurkan)
2 sudu kecil atau 4 g gula
garam secukup rasa

 

Cara penyediaan:

1. Bilas beras dalam air suam untuk membuang kanji.
2. Bilas hingga air menjadi jernih (lebih kurang 3 kali).
3. Biarkan beras direndam dalam air suam selama 30 minit.
4. Panaskan minyak dalam periuk dengan api sederhana. Masukkan serbuk campuran rempah dan kacau selama 1 minit hingga naik bau.
5. Masukkan bawang putih, bawang kecil dan halia dan masak selama 3 minit (hingga menjadi perang keemasan).
6. Masukkan beras ke dalam periuk dan gaul sebati. Masak lagi selama 2 minit.
7. Masukkan tomato yang dihancurkan dan masak selama 2 minit.
8. Masukkan stok, santan kelapa, air dan gula.
9. Biarkan campuran mendidih dan perlahankan api supaya campuran mereneh.
10. Tutup periuk dan biarkan ia mereneh selama 15 minit.
11. Alihkan nasi dari api dan biarkan selama 5 minit.
12. Fluff with a fork. Gemburkan nasi menggunakan garpu.
13. Tambah garam secukup rasa.

 

Tips:

Halia segar, bawang kecil dan bawang putih boleh dicincang menggunakan pemproses makanan.

Resipi ini sesuai untuk apa-apa jenis beras Basmathi Sazarice. Beras Basmathi Sazarice mempunyai tekstur yang ringan. Kandungan Indeks Glisemik (GI) rendah dan serat tinggi menjadikan ia sesuai untuk gaya hidup sihat anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

div#stuning-header .dfd-stuning-header-bg-container {background-image: url(https://www.sazarice.com/wp-content/uploads/2021/02/Sabarice-Sazarice_Website_Recipe-Page_3-1.jpg);background-size: contain;background-position: top center;background-attachment: initial;background-repeat: no-repeat;}#stuning-header div.page-title-inner {min-height: 450px;}